8 Tips Terokai Pekerjaan Di Luar Bidang Pengajian
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia melaporkan bahawa lebih ramai graduan pada masa ini bekerja di sektor yang tidak mempunyai kaitan dengan bidang pengajian mereka.
Belajar engineering tak semestinya kerja jadi engineer.
Belajar law tak semestinya jadi peguam.
Belajar architecture tak semestinya jadi arkitek.
Persoalannya, apakah relevannya kelulusan kita kalau nak bekerja di luar bidang? Bolehkah kalau kita nak apply kerja yang kita suka di luar bidang kita?
1. Buat Research
Pertama sekali, banyakkan membaca kerana idea takkan datang bergolek. Ada banyak pekerjaan yang mungkin anda minat tapi tak tahu tentang kewujudannya. Contohnya, seseorang yang belajar dalam bidang kejuruteraan boleh bekerja sebagai penulis, editor, marketing, perunding kewangan, ejen takaful dan sebagainya. Apapun, lower your expectation dari segi pangkat dan gaji kerana kita mungkin perlu bermula dari bawah apabila menceburi bidang yang betul-betul tiada kaitan dengan bidang pengajian kita.
2. Jangan Cuba Sembunyikan Apa-apa
Jangan panik kalau ada banyak ‘gap’ atau kerja-kerja yang di luar bidang dalam timeline karier anda. Anda tak perlu berasa malu sebab majikan yang bijak akan tahu menilai. Mereka pun manusia juga, bukannya robot. Mereka faham anda tentu ada alasan tersendiri.
Pokoknya di sini, resume dan surat anda memainkan peranan penting dan anda tak semestinya kekal bekerja dalam 1 bidang saja. Pastikan ia ringkas dan jelas supaya tidak mengelirukan dan mengundang masalah di kemudian hari. Ingat, kejujuran adalah antara faktor terpenting dalam menyerlahkan kualiti resume seseorang. Kalau tak dapat sekarang pun, masa interview nanti anda tentu akan ditanya tentang apa yang dibuat sepanjang tempoh anda tidak bekerja.
3. Sesuaikan Format Resume
Seterusnya, elakkan copy paste template tertentu bulat-bulat kerana ia mungkin akan menjadikan resume anda nampak terlalu rigid. Sekarang, dah ada macam-macam format resume yang boleh didapatkan secara online; tapi asasnya adalah yang berbentuk kronologi, functional, dan kombinasi.
Jenis resume kronologi biasanya akan menerangkan sejarah pendidikan, pengalaman kerja, dan sebagainya mengikut tempoh tertentu. Manakala, kalau jenis functional ia lebih fokus terhadap kebolehan atau analisis pencapaian diri.
Seeloknya kita sesuaikan dengan jenis kombinasi, iaitu gabungan kedua-duanya. Yang penting, kena sesuaikan dengan jenis kerja yang kita apply.
4. Guna Cover Letter Untuk Beri Penjelasan / Pendahuluan
Cover letter dan resume adalah 2 perkara yang saling melengkapi. Jadi, jangan pandang rendah pada cover letter yang anda lampirkan untuk mengiringi resume anda.
Dengan pemilihan kata yang berkesan, anda mampu memperlihatkan kematangan anda dan secara tidak langsung, ia juga dapat menjelaskan komitmen anda pada tempoh anda tidak bekerja. Kalau anda nak cuba dapatkan sesuatu kerja yang di luar bidang, tetapi memang minat, ambil masa sedikit untuk belajar tentangnya.
Tekankan juga bahawa walaupun anda di luar bidang, anda sentiasa mengikuti perkembangan industri tersebut dan bersedia untuk berusaha mengasah kembali kemahiran yang pernah dimiliki.
Datuk Shamsuddin Bardan, Pengerusi Persekutuan Majikan-majikan Malaysia berpendapat, walaupun sesetengah majikan masih teragak-agak untuk menerima calon yang mempunyai ijazah tidak sepadan dengan skop pekerjaan mereka, terdapat faktor-faktor seperti sikap yang baik dan keupayaan untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris yang boleh menjadi kekuatan.
Jadi, pastikan anda tingkatkan keupayaan Bahasa Inggeris, terutamanya jika pekerjaan yang dimohon berkait rapat dengan media, pengurusan, dan public speaking.
6. Sertakan Kerja Part-Time, Freelance Atau Aktiviti Sukarelawan
Mungkin ada sesetengah orang yang ‘malu’ atau takut untuk melakukan kerja part time. Tapi sebenarnya, inilah peluang untuk anda membuktikan kebolehan anda untuk melakukan sesuatu yang berbeza.
Cuba hubungkan kemahiran dan pengalaman positif anda dengan skop pekerjaan yang dimohon. Apa salahnya, kini peluang lebih terbuka dan ramai orang mencari calon yang bukan sahaja bijak dalam pelajaran tetapi juga street smart. Kalau ada minat mendalam dalam sesuatu bidang, anda tentu boleh ‘menjual’ kemahiran anda, bukan?
7. Test Drive
OK, bila dah siap resume yang paling cun, bolehlah kita mula menghantar pada senarai bakal majikan. Biasanya, mesti ada sekurang-kurangnya 4-5 syarikat dalam radar kita kan? Tapi, jangan hantar kepada semua syarikat ini sekaligus. Seeloknya, test drive dan hantar 1-2 dulu untuk melihat respon mereka.
Melalui respon-respon ini, anda bolehlah membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa. Resume ini bukan kerja sekali buat. Memang kena selalu update dan sesuaikan dengan kerja yang dimohon.
8. Bersedia Dengan Soalan “Kenapa Nak Tukar Bidang?”
Apabila berjaya dipanggil temuduga, antara soalan wajib yang bakal majikan akan tanya tentulah “Kenapa mohon pekerjaan di luar bidang yang anda belajar dulu?”
Mereka pasti inginkan jawapan yang meyakinkan. Beritahu minat kita yang berkobar-kobar, kongsikan apa yang pernah dilakukan dalam bidang tersebut, TAPI, janganlah buat macam kita tahu semuanya. Ada banyak perkara yang perlu kita belajar apabila menceburi bidang baru dan tentunya majikan mahu melihat kesungguhan kita.
Seperkara lagi, mereka nak tengok juga sama ada kita betul-betul minat atau kita jenis yang cepat bosan dan suka melompat bidang, tak ada pilihan lain, atau terpaksa. Kalau baru kerja sekejap dah nak tukar fikiran, susahlah mereka, kan?
Pastikan Persediaan Anda Juga Up-to-Date
Di samping itu, kenalah ingat juga bahawa anda juga perlu membuat persediaan tertentu, terutamanya dari segi kemahiran spesifik yang diperlukan. Yang penting, highlight pada perkara yang sesuai agar ia dapat memikat bakal majikan anda.
Rujukan dari http://www.majalahlabur.com/inspirasi/cara-buat-resume-yang-baik/