Kadar Pengangguran di Malaysia 2017

Published by admin on

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Kadar pengangguran di negara ini kekal berada pada paras bawah 4 peratus setakat September lepas, iaitu pada kadar 3.5 peratus atau seramai 504,100 orang penganggur.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib, yang memetik laporan siasatan tenaga buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia, memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa kadar pengangguran ini berada pada paras stabil manakala jumlah guna tenaga negara adalah seramai 14.67 juta orang.

Ismail berkata seramai 131,600 orang pencari kerja mempunyai kelulusan diploma dan ke atas berbanding seramai 37,250 yang mempunyai kelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), sijil dan ke bawah.

Katanya lagi, terdapat sebanyak 223,167 kekosongan jawatan diiklankan majikan melalui Job Portal Malaysia dengan kekosongan jawatan tertinggi adalah dalam sektor pembuatan, diikuti sektor pertanian, perhutanan dan perikanan, perkhidmatan, pentadbiran dan perkhidmatan sokongan, kejuruteraan awam, perakaunan, kejuruteraan mekanikal, teknologi maklumat dan sains komputer. – BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/parlimen/kadar-pengangguran-negara-kekal-di-bawah-4-peratus-1.563033#ixzz54cC1qsrK
© Utusan Melayu (M) Bhd

Categories: Berita

0 Comments

Leave a Reply

Avatar placeholder

Your email address will not be published. Required fields are marked *