Hotline: +603-89231933

Tips berjimat cermat ketika mula bekerja

Betapa besarnya kelebihan yang diperolehi jika anda menyimpan ketika mula bekerja. Sebenarnya, boleh sahaja untuk anda menyimpan, tetapi ianya memerlukan disiplin yang tinggi.

Baca dan hadamkan tips berikut bagaimana untuk memotivasikan diri anda yang begitu susah hendak menyimpan ketika mula bekerja.

  1. Simpan Dahulu, Belanja Kemudian

Ramai yang salah guna dengan membuat perbelanjaan dahulu dan simpanan kemudian. Kesudahannya, duit habis, simpanan pun tiada. Bezakan keperluan dan kehendak sesuatu barang yang kita ingin belanjakan.

Ada juga yang dah menyimpan, tetapi di tempat yang duit simpanan mudah untuk dikeluarkan. Sebagai contoh anda simpan di bank yang mempunyai kad ATM untuk membuat pengeluaran. Mulalah asyik nak keluarkan duit apabila tengah sesak, padahal tidak guna dulu cara lain untuk berjimat.

Sebaiknya, gunakan alternatif yang lebih bijak dengan menyimpan di tempat yang susah untuk dikeluarkan. Sebagai contoh, simpan di Tabung Haji yang memerlukan buku simpanan dan anda beratur di kaunter untuk mengeluarkan wang simpanan. Pasti anda berfikir panjang disebabkan sukar untuk membawa keluar wang simpanan tersebut. Asingkan akaun bank untuk menyimpan duit untuk kegunaan dimasa akan datang.

  1. Jimat Berbelanja

Cuba bawa bekal sendiri dan makan di pejabat. Percaya atau tidak, jika anda dapat berjimat pasal makanan ni, lebih banyak anda boleh simpan setiap bulan. Cuba kawal perbelanjaan harian sebaik mungkin.

  1. Rekod Segala Jenis Perbelanjaan

Ini juga penting, sebab anda sendiri dapat lihat setiap aliran duit keluar dan masuk. Jangan biarkan duit keluar begitu sahaja tanpa anda sedari. Ada yang menyangkakan kita perlu berjimat sampai ada yang mengamalkan sifat kedekut. Sama sekali tidak. Cuba lihat perbelanjaan yang tidak perlu, maka anda boleh cuba kurangkan atau hentikannya serta-merta. Sebagai contoh, anda sudah ada internet ‘unlimited’ dan di pejabat pula anda menggunakan WiFi pejabat untuk online; maka tidak perlu anda melanggan internet di rumah pula. Dan tak mati pun kalau anda tidak melanggan siaran TV berbayar, sekarang kan dah boleh streaming saja.

  1. Bagi Duit Setiap Bulan Kepada Ibu Bapa

Terakhir sekali, ramai yang terlupa bab bersedekah. Lagi-lagi kepada ibu dan bapa anda sendiri. Cuba tetapkan matlamat untuk beri keluarga anda 10% daripada duit gaji anda setiap bulan. Anda pasti dapat rasakan duit gaji anda sentiasa cukup, malah bertambah lagi pula.

  1. Jangan Layankan Nafsu

Dah ramai kita lihat golongan muda terutamanya, yang terlibat dalam hutang yang tidak elok. Ada yang membeli kereta mewah, berbelanja sesuka hati disebabkan kemudahan kad kredit, setiap 3-4 bulan menukar telefon bimbit yang terbaru dan sebagainya. Cuba kawal nafsu berbelanja untuk kesenangan masa hadapan. Lama-kelamaan, mereka akan terjerat dengan hutang yang banyak sekaligus menyebabkan mereka jadi bankrap.

 

Rujukan: http://www.majalahlabur.com/kewangan/siapa-kata-baru-bekerja-tak-boleh-menyimpan/

SEARCH JOB

SEARCH NEW TALENT

ENGAGE PEOPLE MALAYSIA

Welcome to ENGAGE PEOPLE, your preferred recruitment company!

Finding the right people for your business first time round saves time and money and makes your business more productive.

CONTACT US

ENGAGE PEOPLE

(Prominent Syntax Sdn Bhd)

No. 2-23, Jalan Kajang Impian 1/11,

Taman Kajang Impian,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Phone: +603-89231933

Email: info@engagepeople.my

NEWSLETTER