Hotline: +603-89231933

12 Elemen Yang Wajib Ada Dalam Resume

12 elemen yang wajib ada dalam resume

Dalam menghasilkan resume yang ringkas dan berinformasi, anda perlu masukkan komponen penting yang biasanya digunakan dalam industri pekerjaan. Terdapat 12 elemen yang wajib ada dalam resume anda. Gunakan ia sebagai panduan setiap kali menghantar resume kepada pihak majikan. Ianya disusun sebagai satu panduan umum supaya anda tidak buntu semasa menyediakan resume.

1. Gambar anda.

Ini ialah perkara paling asas. Letakkan gambar anda yang terkini. Pastikan ianya tidak banyak bezanya dengan rupa anda. Gunakan gambar anda dengan berpakaian kot atau sekurang-kurangnya t-shirt berkolar.

2. Tajuk.

Tuliskan tajuk permohonan anda yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Rujuk kepada iklan yang telah dikeluarkan oleh syarikat yang menawarkan pekerjaan tersebut kepada anda.

3. Tarikh.

Ia merujuk kepada tarikh resume tersebut ditulis.

4. Maklumat peribadi.

Mulakan dengan nama, alamat surat-menyurat, tinggi, berat, status perkahwinan, minat, hobi dan bilangan adik-beradik.

5. Objektif kerjaya.

Apa yang anda mahu capai dalam kerjaya anda? Di sini anda perlu jelaskan apakah tujuan yang anda cari dalam pekerjaan anda. Secara ringkasnya, ia menggambarkan kepuasan anda dalam bekerja.

6. Latar belakang akademik.

Masukkan maklumat ringkas sekolah, kolej, institusi atau universiti tempat anda belajar. Sertakan peringkat sijil, diploma atau ijazah.

7. Program yang pernah dihadiri.

Ini merujuk kepada kursus, program atau acara yang berbentuk akademik atau yang berkaitan dengan bidang pengajian anda.

8. Pengalaman kerja.

Letakkan berapa tahun anda bekerja, di syarikat mana dan apa tugas-tugas yang anda lakukan semasa bekerja di sana.

9. Pencapaian.

Mungkin anda ada menyertai pertandingan atau menjadi petugas di mana-mana badan sukarelawan atau bukan kerajaan.

10. Kemahiran tambahan.

Selain dari pengetahuan dan pengalaman kerja anda, apa lagi kepakaran anda? Tuliskan di bahagian ini. Ia boleh membantu anda memikat bakal majikan. Mungkin anda graduan dari lulusan senilukis dan senireka, tetapi anda mempunyai kemahiran membaiki komputer.

11. Kokurikulum.

Apa jenis sukan, persatuan, kelab dan unit beruniform yang anda sertai? Senaraikannya supaya pihak majikan boleh menilai anda.

12. Rujukan.

Masukkan 2 penama yang boleh menjadi rujukan anda. Pastikan anda memberitahu mereka terlebih dahulu supaya tidak terkejut. Hubungi mereka tentang hajat anda untuk meletakkan nama sebagai perujuk yang boleh menceritakan tentang diri anda.

 

Rujukan: https://www.rujukankerjaya.com/12-elemen-yang-wajib-ada-dalam-resume/

SEARCH JOB

SEARCH NEW TALENT

ENGAGE PEOPLE MALAYSIA

Welcome to ENGAGE PEOPLE, your preferred recruitment company!

Finding the right people for your business first time round saves time and money and makes your business more productive.

CONTACT US

ENGAGE PEOPLE

(Prominent Syntax Sdn Bhd)

No. 2-23, Jalan Kajang Impian 1/11,

Taman Kajang Impian,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Phone: +603-89231933

Email: info@engagepeople.my

NEWSLETTER