Kenali Personaliti Anda!

Published by Engage People Malaysia on

Manusia itu memiliki berbagai sifat dan dari sifat-sifat itulah akan mencerminkan keperibadian seseorang. 3 jenis personaliti umum pada manusia iaitu Introvert, Ambievert and Extrovert.

 

  1. Introvert (Introversion)

Introvert atau Introversion adalah personaliti manusia yang lebih berkaitan dengan dunia dalam fikiran manusia itu sendiri. Jadi manusia yang memiliki sifat introvert ini lebih cenderung menutup diri dari kehidupan luar. Mereka adalah manusia yang lebih banyak berfikir dan kurang beraktiviti. Mereka juga orang-orang yang lebih senang berada dalam kesunyian berbanding dengan di tempat yang ramai orang.

 

– Ciri-ciri Introvert:

  • Senang menyendiri
  • Pemikir
  • Pemalu
  • Pendiam
  • Lebih senang bekerja sendirian
  • Lebih suka berinteraksi secara langsung dengan 1 orang (1 on 1 interaction)
  • Sukar untuk didekati
  • Senang berimaginasi
  • Jarang bercerita, lebih suka mendengarkan orang bercerita
  • Suka membuat kerja yang tenang (membaca, bermain komputer, memancing, bersantai dsb)
  • Berpikir dulu baru berbicara/melakukan
  • Lebih mudah mengungkapkan perasaan dengan tulisan

 

  1. Extrovert (Extraversion)

Extrovert atau Extraversion adalah bertentangan dengan personality Introvert. Manusia dengan keperibadian extrovert lebih berkaitan dengan dunia luar. Jadi manusia yang memiliki sifat extrovert ini lebih cenderung membuka diri dengan kehidupan luar. Mereka adalah manusia yang lebih banyak beraktiviti dan lebih kurang berfikir. Mereka juga orang-orang yang lebih senang berada dalam keramaian atau keadaan dimana terdapat ramai orang, daripada di tempat yang sunyi.

 

– Ciri-ciri Extrovert:

  • Mudah berkomunikasi
  • Yakin
  • Aktif
  • Lebih senang bekerja kumpulan
  • Lebih suka berinteraksi dengan ramai orang sekaligus
  • Suka bergaul
  • Suka beraktiviti
  • Lebih senang bercerita, daripada mendengar orang bercerita
  • Suka melakukan aktiviti beramai-ramai (jalan-jalan, pergi ke konsert)
  • Berbicara dulu sebelum berpikir
  • Lebih mudah mengungkapkan perasaan dengan kata-kata

 

  1. Ambievert (Ambiversion)

Ambievert atau Ambiversion adalah personaliti manusia yang memiliki 2 keperibadian, iaitu Introvert dan Extrovert.  Manusia dengan personaliti ambievert dapat berubah-ubah dari introvert ke extrovert, atau sebaliknya. Memiliki personaliti ambievert ini adalah baik, kerana manusia tersebut boleh fleksibel untuk beraktiviti sebagai introvert ataupun extrovert, serta dapat berinteraksi dengan introvert dan extrovert dengan baik. Tidak seperti introvert yang susah bergaul dengan extrovert yang sebaliknya.

Namun, kelemahan personaliti ini, kerana memiliki keperibadian di antara introvert dan extrovert, orang dengan keperibadian ambievert jadi sering terlihat moody, kerana sifatnya yang sering berubah-ubah.

 

Jadi, yang manakah personaliti anda?

 

Rujukan dari: https://agungadhyaksa.blogspot.com/2014/01/3-jenis-kepribadian-manusia-introvert.html

Categories: Personality