Resume VS CV
Setiap kali ingin memohon pekerjaan, kita diminta untuk menghantar resume ataupun CV. Kadang-kadang kita sendiri pun tak tahu apa yang membezakan dua benda ni. Kita pun apa lagi, berhelai-helailah resume dan CV kita hasilkan dengan harapan penemuduga akan impressed dengan karangan kita dalam resume tu. Haha jadi apa sebenarnya yang membezakan dua benda ni?
OK, baca sampai habis!
1. Muka surat
Pastikan CV anda tidak melebihi 3 muka surat. Jika melebih-lebih anda akan kelihatan seperti melobi diri sendiri. Bagaimanapun, pastikan ia dalam keadaan yang kemas dan tersusun.
Nama pun ringkasan, jadi resume sepatutnya hanya satu muka surat saja. Resume biasanya lebih straightforward berbanding CV.
2. Gambar
Tidak perlu disertakan gambar pada CV anda. Namun, tidak salah sekiranya anda mahu meletakkannya di dalam CV anda.
Untuk resume, gambar adalah lebih baik disertakan sekali. Sekali lagi, resume adalah ringkasan atau review mengenai diri anda. Jadi, pihak majikan juga mahu melihat rupa paras anda yang handsome dan cantik tu. Sebaiknya gunakan gambar yang clear dan kelihatan profesional. Tiada masalah sekiranya anda tidak mahu meletakkan gambar pasport yang berlatarbelakangkan kain biru tu okay? Tapi janganlah letak gambar selfie pulak.
3. Format
Untuk CV, anda perlu mengikut format yang ditetapkan. Pastikan ia teratur dan kemas. Ini akan memudahkan CV anda untuk dibaca. Banyak info yang perlu anda letakkan. Senang kata, semua perkara yang anda telah lalui dalam kehidupan ini anda boleh letakkan di dalam CV. Apa info tersebut? Ok baca point seterusnya di bawah.
Bagi resume pula tiada format tetap yang perlu anda ikut. Gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan resume yang ringkas, padat dan menarik. Resume yang mempunyai info grafik juga boleh menarik minat penemuduga untuk membacanya.
4. Info wajib
Okay, ini adalah info wajib yang perlu anda letakkan di dalam CV. Mulakan CV anda dengan section latar belakang diri. Kemudian section latar belakang pelajaran dan diikuti dengan section pengalaman bekerja. Selepas itu, nyatakan sekali pencapaian dan skil yang ada pada anda. Letakkan juga senarai rujukan contohnya bekas majikan dan pensyarah (sekiranya anda memohon untuk menjalani latihan industri).
Untuk resume pamerkan perkara yang penting saja yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Sekiranya anda memohon untuk jawatan graphic designer, nyatakan pencapaian, pengalaman dan skil yang anda ada untuk jawatan tersebut. Senang kata, nyatakan segala input yang memenuhi kriteria-kriteria jawatan yang dipohon.
5. Objektif
6. Cover letter
Bagaimana? Dah dapat bezakan antara CV dan resume? Okay kalau belum jom lihat contoh-contoh di bawah: