6 tips ringkas untuk membantu anda mendapatkan idea yang bernas
Untuk mendapatkan idea yang bernas selalunya agak susah untuk dilakukan. Lebih-lebih lagi kalau kena berfikir sendiri. Sampai satu tahap dimana anda kekeringan idea untuk dilontarkan, kerja anda akan mula banyak tertangguh.
Apabila kerja mula bertambah, anda mula akan rasa stress dan makin susah untuk anda berfikir dengan lebih panjang. Fikiran yang bercelaru akan menyukarkan anda untuk berfikir secara rasional dan kreatif. Jadi, anda perlu bertenang dan ikuti tips yang akan kongsikan di bawah.
1. Baca Buku
Idea yang bernas akan mula datang apabila anda ‘ambil’ dan ‘baca’ mana-mana bahagian buku yang anda sukai. Relaks kan minda anda buat seketika dari topik yang berkaitan dengan kerja yang sedang anda lakukan.
Percayalah, selepas beberapa minit idea-idea yang bernas akan mula muncul di dalam kotak fikiran anda.
2. Cari Inspirasi
Inspirasi sangat penting untuk mendapatkan idea yang bernas. Lihat di sekeliling anda, mungkin ada beberapa perkara yang dapat anda jadikan ianya sebagai satu inspirasi.
Sebagai contoh, suka keluar berjalan-jalan dan merehatkan minda seketika dari kerja yang sedang dilakukan.
Dengan cara itulah akan mendatangkan inspirasi yang pelbagai. Lakukan perkara yang anda minati sehinggalah anda jumpa perkara yang dapat memberi inspirasi kepada diri anda!
3. Buat Satu Peta Minda
Pernah dengar pasal peta minda? Mestilah pernah, waktu sekolah dulu selalu buat kan?
Okay, sekarang apa kata anda gunakan kreativiti anda untuk buat satu peta minda yang menarik. Catat apa-apa saja yang bermain di fikiran anda dan hubungkan kesemua idea-idea tersebut. Cara ini didapati amat berkesan untuk membantu anda dalam mendapatkan idea-idea yang bernas dan berkualiti.
4. Lakukan Sesuatu Yang Berbeza
Apa yang dimaksudkan di sini ialah buat sesuatu selain daripada kerja harian anda. Buat sesuatu yang dapat menggembirakan anda. Contohnya, pergi membeli belah, tengok wayang, melukis, mewarna atau sebagainya yang anda rasa dapat menenangkan fikiran.
Bila anda rasa gembira, fikiran anda juga akan menjadi tenang. Jadi, idea-idea baru akan datang dan anda boleh menyambung kembali kerja-kerja yang anda tinggalkan.
5. Berhenti Berfikir Untuk Seketika
Berhenti dari berfikir buat seketika, jangan terlalu memaksa otak anda untuk berfikir. Ketahuilah, jika anda terlalu mengerah otak anda untuk berfikir, takkan ada satu pun idea yang akan muncul di fikiran anda.
Lakukan sesuatu yang kreatif, dari situ idea yang bernas akan mula muncul. Selain itu, di sarankan untuk anda menetapkan satu tarikh dan masa untuk setiap kerja yang anda ingin lakukan. Bukan saja anda dapat siapkan kerja on time, tetapi anda juga dapat belajar mendisiplinkan diri untuk menepati masa.
6. Keluar Dari Kawasan Tempat Kerja
Duduk menghadap komputer seharian akan membuatkan otak anda mulai tepu. Cuba untuk keluar sebentar dari kawasan tempat kerja anda. Hirup udara yang segar di luar, itu akan lebih menenangkan fikiran anda. Jangan selalu amalkan duduk terperap di tempat kerja.
Selain membuatkan otak anda tepu, ia juga akan membataskan daya pemikiran anda untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Badan anda juga akan turut menjadi lesu dan tak bermaya. Sambil-sambil hirup udara di luar tempat kerja, lakukan senaman regangan badan untuk menghilangkan sakit-sakit belakang akibat duduk terlalu lama.
Kami harap tips di atas sedikit sebanyak dapat memberi korang inspirasi untuk mencari idea-idea yang bernas walaupun tanpa bantuan dan pandangan orang lain. Yang penting, korang tenangkan fikiran korang dulu dan relaks okay. Semoga berjaya!
Sumber: http://jobkartel.com/idea-yang-bernas/