Hotline: +603-89231933

Tips persediaan hari pertama bekerja!

Mendapatkan pekerjaan yang diidamkan bukan lah suatu perkara yang mudah. Ada pelbagai proses yang harus di tempoh sebelum diterima kerja dari menghantar permohonan kerja, temuduga dengan majikan dan banyak lagi. Oleh itu, anda haruslah membuat persediaan yang lengkap untuk menjalani hari pertama bekerja.

Sumber: Google

1. Datang tepat waktu

Hari pertama di tempat bekerja pastinya menjadi kayu pengukur untuk majikan. Lebih baik untuk kita datang awal tetapi tidak terlalu awal. Elakkan datang lambat ke pejabat. Datang sekitar 15 minit awal dari masa yang ditetapkan. Buat persiapan awal untuk perjalanan yang baik.

2. Menyediakan semua persiapan pada malam sebelumnya.

Sediakan semua keperluan atau dokumen yang perlu dibawa awal supaya tiada apa-apa yang tertinggal. Sediakan semuanya dengan baik. Jika semuanya sudah tersedia, ada baiknya jika anda tidur lebih awal dari biasa agar dapat merasa segar pada esok hari.

3. Dress for success

Sumber: Google

Berpakaian formal dan kemas adalah yang terbaik untuk memulakan kerja. Pastikan pakaian sentiasa kemas. Untuk wanita, adalah digalakkan untuk make-up sedikit untuk tidak menampakkan seri pada muka. Tetapi janganlah terlalu keterlaluan.

4. Jangan malu bertanya

Pepatah mengatakan “Malu bertanya sesat jalan”. Pada hari pertama bekerja pastinya penuh dengan banyak hal baru yang perlu dipelajari. Jadi, janganlah berasa malu untuk bertanya jika tidak pasti berkaitan dengan kerja anda. Termasuk juga pertanyaan tentang peraturan syarikat dan banyak lagi.

5. Be yourself

Sumber: Google

Kita boleh berusaha memastikan semuanya berjalan dengan lancar dan baik di hari pertama bekerja, tapi jangan lupa untuk tetap santai agar anda boleh tampil maksimal. Pastikan anda beristirahat dengan cukup dan sudah mempersiapkan segala dengan baik. Tetaplah jadi diri sendiri, just relax and be yourself!

 

Rujukan: https://www.qerja.com/journal/view/225-7-tips-mempersiapkan-diri-di-hari-pertama-bekerja/

SEARCH JOB

SEARCH NEW TALENT

ENGAGE PEOPLE MALAYSIA

Welcome to ENGAGE PEOPLE, your preferred recruitment company!

Finding the right people for your business first time round saves time and money and makes your business more productive.

CONTACT US

ENGAGE PEOPLE

(Prominent Syntax Sdn Bhd)

No. 2-23, Jalan Kajang Impian 1/11,

Taman Kajang Impian,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Phone: +603-89231933

Email: info@engagepeople.my

NEWSLETTER